Minggu 1 Allah Pencipta Alam Kita
Kejadian 1
Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta, bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora yang menutupi segala sesuatu diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada.
Aktiviti
Cetak gambar alam semulajadi yang berikut dan beri kepada adik-adik. Mereka boleh menambah awan, pokok, bunga dan lain-lain kepada gambar itu untuk menunjukkan alam semulajadi ciptaan Allah kita yang indah. Warnakan gambar itu.