KK10 Roh Allah

Minggu 10           Roh Allah

Yohanes 14:5-16,  Yohanes 14:26

Sebelum Yesus dihukum mati atas salib, Dia menjanjikan Roh Allah seperti yang dikatakanNya di Yohanes 14:15-16 :”Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintahKu. Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dan di Yohanes 14:26 Yesus berkata,”Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi namaKu, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan  kepada kamu.”

Tidak lama selepas kebangkitan Yesus dari kematian, pada hari Pentakosta, semua orang yang percaya kepada Kristus berkumpul di satu tempat. Tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah tempat mereka sedang duduk. Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Mereka dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.

 

Aktiviti

Roh Allah mendiami semua orang yang percaya akan Yesus dan telah menerima Yesus dalam hidup mereka. Cetak gambar berikut bagi adik-adik warnakan, selepas siap diwarnakan, gunting keluar api itu dan  lekat satu jalur saiz kepala adik pada api itu, kemudian cantumkan dua hujung supaya menjadi gelang kepala seperti dalam gambar yang berikut.

kk10akk10b