Minggu 12 Hasil Orang yang Dipimpin oleh Roh Allah
Galatia 5: 22-25
Hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah : Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu. Demikianlah orang yang menjadi milik Kristus Yesus sudah mematikan tabiat manusia dengan segala nafsu dan keinginannya. Roh Allah telah memberikan hidup baru kepada kita; oleh itu Dia juga harus menguasai hidup kita.
Aktiviti
Ingatkan adik-adik supaya cuba mengamalkan hidup yang menyenangkan Tuhan iaitu hidup yang saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati dan dapat mengawal diri. Kita boleh berdoa supaya Tuhan memberikan kita kekuatan untuk hidup begini apabila kita berasa lemah. Potong keluar gambar yang berikut, beri adik-adik warnakan kemudian lekatkan dua hujung bersama untuk menjadi gelang kepala.