KK13 Roh Allah ada dalam Kita

Minggu 13    Roh Allah ada dalam Kita

1 Yohanes 4:4

Tetapi anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu sudah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, kerana Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini. Nabi-nabi palsu itu berkata-kata tentang perkara-perkara dunia, dan orang dunia ini mendengar kata-kata mereka, kerana mereka milik dunia ini. Tetapi kita milik Allah. Sesiapa yang mengenal Allah, mendengar  kata-kata kita. Sesiapa yang bukan milik Allah, tidak mahu mendengar kata-kata kita. Itu caranya kita dapat membezakan Roh yang memberikan ajaran benar, dengan roh yang menyesat orang.

 

Aktiviti

Beritahu adik-adik bahawa apabila kita menerima Yesus, Roh Allah akan tinggal bersama kita. Tanya adik-adik siapa belum menerima Yesus dalam hidup mereka dan mahu menerima Yesus. Berdoalah untuk adik-adik yang mengangkat tangan supaya mereka akan menjadi Anak Allah yang jati. Oleh kerana itu kita tidak perlu takut kepada roh-roh yang lain kerana janji  Alkitab Roh yang ada pada kita lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini. Cetak atau lukis gambar yang berikut bagi adik-adik pada kadbod dan potong keluar. Bantu mereka mewarnakan gambar itu dan tulis ayat Alkitab “Roh yang ada pada Nama Adik lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini.” Kemudian guna tep atau jalur pelekat dan lekatkan kad itu pada baju hadapan baju adik.

kk13