Minggu 15 Cara-Cara Kita boleh Mengenali dan Mematuhi Perintah-Perintah TUHAN
Antara cara-cara kita boleh mengenali dan mematuhi Perintah-Perintah TUHAN tertulis di bawah
- Kita perlu mengikut perintah TUHAN.
- FirmanMu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku.
Mazmur 119:105
- Kita boleh mendengar Alkitab daripada orang-orang lain.
- Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.
Roma 10:7
- Kita perlu selalu membaca Al Kitab.
- Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umatKu semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan Berjaya.
Yosua 1:8
Aktiviti
Bantu adik-adik melukis telinga (untuk mendengar Al Kitab), mata ( untuk membaca Al Kitab) dan kaki (untuk berjalan mengikut perintah TUHAN) seperti contoh yang berikut.