KK16 Alkitab Panduan Hidup Kita

Minggu 16     Alkitab Panduan Hidup Kita

Ibrani 4:12

Kita perlu mengetahui dan memahami Alkitab supaya boleh menjadikan Alkitab panduan hidup kita. Mengikut Ibrani 4:12 – 13 “Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Tiada sesuatu pun dapat disembunyikan daripada Allah. Segala sesuatu di alam semesta terbuka dan terdedah di sisi Allah. Kita semua harus memberikan pertanggungjawapan tentang hidup kita kepada Allah.

 

Aktiviti

Beri adik-adik gambar di bawah untuk diwarnakan. Selepas diwarnakan lekat gambar pedang pada kepingan kadbod dan gunting keluar pedang mereka. Sekarang adik-adik boleh bermain pedang.

kk16