KK17 Ingatkan dan Hargai Hukum-Hukum Allah

Minggu 17   Ingatkan dan Hargai Hukum-Hukum Allah

Ulangan 11:18 – 21

Ingatlah dan hargailah hukum-hukum itu. Ikatkanlah hukum itu pada lengan dan juga pada dahi kamu sebagai peringatan. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu rehat ataupun bekerja. Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu gerbang kamu. Jika kamu berbuat demikian kamu dan anak-anak kamu akan hidup lama di tanah yang dijanjikan TUHAN, Allah kamu kepada nenek-moyang kamu.

 

Aktiviti

Bantu adik-adik salin Ulangan 11:18-21 pada kertas kosong dan hias tepi kertas seperti pada gambarajah berikut. Bagi adik-adik yang lebih kecil, cetak Ulangan 11:18 – 21 bagi mereka dan bantu mereka hiaskan tepi kertas. Hafal bersama-sama Ulangan 11:18-19 dan suruh adik-adik mengingati kembali Ulangan 11:18-19 pada minggu yang berikut. Beri stiker bintang kepada adik-adik yang Berjaya menghafal Ulangan 11:18-19.

kk17a