KK18 Cubaan

Minggu 18   Cubaan

Matius 4: 1 – 11

Kemudian Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun supaya dicubai oleh Iblis. Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, Yesus lapar. Lalu Iblis datang dan berkata kepadaNya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu in menjadi roti.”

Yesus menjawab, “Didalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’”

Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan. Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikatNya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kakiMu tidak terhantuk pada batu.’”

Yesus menjawab, “Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’”

Kemudian Iblis membawa Yesus ke gunung yang sangat tinggi dan menunjukkan semua kerajaan di dunia ini serta segala kekayaan kepadaNya. Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepadaMu, jika Engkau sujud menyembah aku.”

Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’”

Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.

 

Aktiviti

Yesus menggunakan ayat-ayat Alkitab untuk menentang niat Iblis yang jahat. Dengan cara yang sama kita pun boleh menggunakan ayat-ayat Alkitab menentang fikiran dan orang yang jahat, samada itu cubaan Iblis atau tidak. Yang penting kita perlu mengingati Alkitab supaya boleh menggunakanNya pada masa yang sesuai.

Beri adik-adik seorang sebiji gula-gula. Beritahu mereka jika mereka boleh menahan daripada makan gula-gula selama 3 minit, kamu akan memberi mereka tambahan sebiji gula-gula. Selepas setiap adik telah diberi sebiji gula-gula, semua guru-guru keluar dari bilik sekolah minggu. Masuk kembali selepas 3 minit dan perhatikan berapa orang yang dapat menahan daripada makan gula-gula dan berapa orang telah makan gula-gula itu. Hadiahkan sebiji lagi gula-gula kepada adik-adik yang berjaya menahan daripada makan gula-gula pertama. Kemudian beri sekeping kadbod nipis kepada adik-adik dan bantu mereka melukis sebiji gula-gula yang besar. Bantu mereka menulis Yakobus 4:7-8 pada gula-gula itu. Akhirnya adik-adik boleh menghiaskan dan mewarnakan gula-gula itu.

kk18