KK19 Hidup yang Menurut Firman Allah

Minggu 19 Hidup yang Menurut Firman Allah

Yakobus 1: 23 – 25

Seseorang yang mendengar firman Allah tetapi tidak melakukannya, adalah seperti orang yang melihat dirinya sendiri di depan cermin. Dia menatap dirinya baik-baik lalu pergi dan langsung lupa akan rupanya. Berita Baik itu hukum Allah yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Allah dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik apakah yang dapat mereka buat yang menuruti firman Allah pada minggu ini. Contoh : mereka boleh menolong orang yang miskin, berdoa untuk ahli keluarga atau kawan yang menghadapi cabaran, membaca Alkitab setiap hari, mengongsi berita baik Alkitab dengan kawan-kawan dan sebagainya. Beri adik-adik lima minit untuk berfikir dahulu kemudian tanya mereka, satu demi satu apa yang mereka akan buat.

Kraf Al-Kitab. Gunting sejalur kertas A4 yang kosong lebih kurang 4 cm lebar bagi setiap adik-adik dan lipat seperti yang ditunjukkan di gambarajah yang berikut. Bantu adik-adik lekat keping kadbod pada dua hujung jalur itu dan lekat satu salib di bahagian depan.

kk19