Minggu 2 Allah, TUHAN yang Maha Kuasa
Yesaya 6 : 1 – 5
Nabi Yesaya pernah nampak Tuhan. Dia bersemayam di atas takhtaNya yang tinggi dan mulia. Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekelilingNya : Setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh dan dua lagi untuk terbang. Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain,
“Suci, suci, suci!
Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa!
Bumi penuh dengan hadiratNya yang mulia.”
Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap.
Aktiviti
TUHAN Suci dan Maha Kuasa. Kita perlu menyembah TUHAN seperti makhluk-makhluk yang menyembahNya. Sembah TUHAN kita menggembirakanNya dan mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan, memulih keadaan. Nyanyikan beberapa lagu untuk memuji Tuhan, menyembah TUHAB dengan adik-adik . Gambarajah yang berikut mempunyai banyak perkataan SUCI yang tersembunyi dalam huruf-huruf yang lain. Cuba adik-adik carikan dan bulatkan perkataan SUCI yang mereka dapat cari.