KK20 Bercakap dengan TUHAN

Minggu 20  Bercakap dengan TUHAN    

I Tesalonika 5:17

Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa.

 

Aktiviti

Kita digalakkan mencari sesuatu tempat yang sunyi seperti masuk ke dalam bilik, tutup pintu lalu berdoa tetapi pada masa lain kita boleh berdoa di mana-mana sahaja, apabila kita dalam bahaya, apabila kita sedih atau bergembira dan hendak puji Tuhan. Tanya adik-adik di mana kita boleh berdoa. Contoh jawapan : dalam bilik, di sekolah, di padang permainan, dalam gereja, halaman rumah dan sebagainya. Cetakkan gambarajah di bawah bagi adik-adik, potong pada garis putus-putus dan lipat pada garis hitam supaya menjadi sebuah kotak. Tulis enam tempat di mana adik-adik boleh berdoa – pada enam permukaan kotak itu.

kk20