KK21 Doa Kita ACT

Minggu 21   Doa Kita ACTS

Semasa kita berdoa kita boleh mengikuti panduan yang berikut untuk berdoa.

Langkah 1 : Puji Tuhan (Adoration) . Kita boleh ikuti contoh Mazmur 100 :1  Mazmur kesyukuran. Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadiratNya dengan lagu-lagu gembira!

Langkah 2 : Minta maaf atas kesalahan-kesalahan dan dosa kita. Kita boleh ikuti contoh Raja Daud minta ampun di Mazmur 51:3   Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasihMu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihanMu sungguh besar.

Langkah 3 : Mengucapkan terima kasih kepada TUHAN untuk kasihNya dan bantuanNya.

Langkah 4 :   Berdoa kepada Allah untuk keperluan kita seperti dalam Filipi 4:6 yang menyahut kita supaya janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yan kamu perlukan.  Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.

Aktiviti

Bantu adik-adik sediakan gelang tangan daripada jalur kadbod seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang berikut dan tulis perkataan-perkataan “Puji Tuhan”, “Minta Maaf”, “Terima Kasih” dan “Doa” di keliling gelang tangan.

kk21