KK22 Berdoa untuk Orang-Orang di Keliling Kita

Minggu 22           Berdoa untuk Orang-Orang di Keliling Kita

Efesus 6:18

Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah.

 

Aktiviti

Semasa kita berdoa kita boleh berdoa untuk lima kumpulan orang.

  1. Keluarga dan kawan-kawan
  2. Ketua-ketua gereja, pastor dan guru-guru
  3. Pihak kerajaan dan pemerintah
  4. Mereka yang lemah dan sakit
  5. Kita sendiri

Beri adik-adik seorang sehelai kertas A4 yang kosong dan bantu mereka melukis bentuk tapak tangan mereka. Selepas itu tulis pada setiap jari mereka kumpulan yang mereka boleh berdoa untuk sebagai peringatan kepada adik-adik. Rujuk kepada gambarajah yang berikut.

kk22