Minggu 24 Berdoa Setiap Masa
Filipi 4:6
Sama ada kita dalam kesenangan atau kesusahan kita boleh berdoa kepada Allah. Apabila kita berdoa kepada Allah sambil mengucapkan kesyukuran, kesejahteraan dari atas yang tak mungkin kita fahami akan menjaga fikiran kita agar kita tidak rungsing.
Aktiviti
Cetakkan ayat Filipi 4:6 di bawah bagi adik-adik. Mereka boleh mewarnakan perkataan-perkataan supaya menjadi berwarna-warni dan melekatkan ayat-ayat Filipi 4:6 pada dinding bilik sebagai peringatan.