KK25 Mendengar Firman TUHAN

Minggu 25   Mendengar Firman TUHAN

1 Tesalonika 5:19-22

Berdoa bukan sahaja bagi kita meluahkan perasaan kita kepada TUHAN malah kita juga perlu mengambil masa untuk menenangkan fikiran dan berdepan dengan TUHAN untuk mendengar perintah TUHAN untuk hidup kita. TUHAN memberitahu kehendakNya dalam hidup kita melalui beberapa cara, dari Alkitab, dalam mimpi, melalui suaraNya yang memasuki fikiran kita. Kita perlu mengingati bahawa apa yang diperintah oleh TUHAN tidak akan bercanggah dengan apa yang ditulis dalam Alkitab. Kita perlu lah bijak dan mengingati 1 Tesalonika 5 : 19-22 Janganlah halang Roh Allah. Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah. Pertimbangkan semuanya; ikutilah apa yang baik, dan jauhilah segala macam kejahatan.

 

Aktiviti

Gunting gambar sepasang telinga bagi setiap adik-adik. Beri mereka seorang satu jalur kertas putih dan gamkan telingan pada dua hujung jalur itu. Kemudian adik-adik boleh mewarnakan dan menghiaskan jalur tersebut seperti dalam contoh di bawah.

kk25