KK26 Memuji dan Menyembah Tuhan

Minggu 26   Memuji dan Menyembah Tuhan

Wahyu 4 : 8 – 11

Yohannes nampak takhta Allah di syurga dan empat makhluk di keliling takhta itu tidak henti-hentinya menyanyi,

“Suci, suci, sucilah Tuhan,

Allah Maha Kuasa,

Yang ada, yang sudah ada

Dan yang akan datang.”

Keempat-empat makhluk itu menyanyikan lagu-lagu kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Dia yang duduk di atas takhta itu, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Ketika makhluk-makhluk ini menyanyi, dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu dan menyembah Dia yang hidup selama-lamanya.

 

Aktiviti

Beritahu adik-adik gambaran puji Tuhan di syurga dan ingatkan mereka kita di bumi boleh juga memuji Tuhan dengan cara yang sama. Ajak adik-adik menyanyi bersama beberapa lagu puji Tuhan, dan menyanyi atau menari bersama. Ingatkan mereka inilah lagu puji Tuhan, kita perlu menyanyi dengan perasaan penuh hormat dan kesyukuran kepada Tuhan.