KK27 Cara-Cara Sembah TUHAN

Minggu 27 Cara-Cara Sembah TUHAN

Kita memuji dan menyembah TUHAN kerana TUHAN Allah yang Maha Suci lagipun baik dan mengasihi kita. Al Kitab memberi kita pelbagai cara untuk memuji dan menyembah TUHAN. Antaranya ialah :

  1. Bersujud, iaitu menyembah dengan muka di lantai – Wahyu 7 : 11 Semua malaikat berdiri di sekeliling takhta, para pemimpin, dan keempat-empat makluk itu. Lalu mereka semua bersujud di hadapan takhta dan menyembah Allah.
  2. Berlutut – Mazmur 95: 6 Marilah kita bersujud dan menyembah Dia; marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!
  3. Berdiri – 2 Tawarikh 7:6 Para imam berdiri di tempat yang ditetapkan bagi mereka, dan orang Lewi berdiri berhadapan dengan mereka. Orang Lewi memuji TUHAN dengan alat-alat muzik yang disediakan oleh Raja Daud, sambil menyanyikan lagu “KasihNya Kekal Abadi!” menurut arahan Raja Daud. Para imam meniup trompet sementara segenap rakyat berdiri.
  4. Menari dan bermain alat-alat muzik – Mazmur 149:3 Pujilah namaNya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

Aktiviti

Tunjukkan adik-adik bagaimana membuat tamburin daripada 2 pinggan kertas dan biji-biji kacang hijau.

  1. Berikan setiap adik dua keping pinggan kertas.
  2. Tuang segenggam kacang hijau ke atas satu pinggan kertas.
  3. Telangkupkan satu lagi pinggan kertas di atas pinggan yang pertama.
  4. Guna tep pelekat (Scotch tape) untuk melekatkan tepi pinggan-pinggan kertas supaya kacang hijau terperangkap di antara dua pinggan tersebut.
  5. Tebuk satu lubang di pinggir pinggan dan lalukan tali menerusi lubang itu dan buat satu simpul di kedua-dua hujung tali itu. Ini ialah tali gantung tamburin.
  6. Adik-adik boleh melukis corak atau melekat riben untuk menghiaskan tamburin mereka.

kk27