KK28 Banyak Anggota tetapi Satu Tubuh

Minggu 28      Banyak Anggota tetapi Satu Tubuh

1 Korintus 12:12- 26

Kristus bagaikan tubuh manusia, yang mempunyai banyak anggota. Tubuh itu satu tetapi terdiri daripada banyak anggota. Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Allah sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita. Aku berkata demikian kerana tubuh tidak terdiri daripada satu anggota sahaja, melainkan banyak anggotanya. Kaki masih sebahagian daripada tubuh, walaupun kaki mungkin berkata, “ Kerana aku bukan tangan, aku bukan bahagian daripada tubuh.” Telinga masih sebahagian daripada tubuh, walaupun telinga mungkin berkata, “Kerana aku bukan mata, aku bukan bahagian daripada tubuh.”

Bagaimanakah tubuh boleh mendengar, jika seandainya seluruh tubuh itu mata sahaja? Bagaimanakah tubuh boleh menghidu, jika seandainya seluruh tubuh itu telinga sahaja? Tetapi seperti yang kita ketahui, Allah meletakkan tiap-tiap anggota tubuh yang berlainan di tempat yang dikehendakiNya.  Tidak mungkin ada tubuh, jika semuanya hanya satu anggota.  Oleh itu memang ada banyak anggota, tetapi hanya satu tubuh.

Dengan demikian mata tidak boleh berkata kepada tangan, “Aku tidak memerlukan kamu!” Kepala pun tidak boleh berkata kepada kaki, “Aku tidak memerlukan kamu!” Sebaliknya kita amat memerlukan anggota-anggota tubuh yang dianggap lemah. Anggota tubuh yang kita anggap tidak begitu dihargai, kita berikan lebih banyak penghargaan. Anggota tubuh yang tidak selayaknya dipercakapkan, kita perlakukan dengan penuh kesopanan. Anggota-anggota tubuh yang sudah kelihatan cantik tidak memerlukan perhatian. Allah sudah mengatur tubuh kita sedemikian rupa sehingga anggota tubuh yang kita anggap kurang dihargai mendapat lebih banyak penghargaan. Dengan demikian tubuh itu tidak boleh terbahagi-bahagi, dan setiap anggota saling memperhatikan. Jika satu anggota tubuh menanggung penderitaan, semua anggota lain menanggung penderitaan juga. Jika satu anggota tubuh dipuji, semua anggota lain turut bersukacita.

Kamu semua tubuh Kristus, dan setiap orang sebahagian daripada tubuh itu.

 

 

Aktiviti

Terangkan kepada adik-adik Allah telah membolehkan kita semua menjalankan pelbagai tugas di dalam dan di luar gereja. Ada orang yang berbakat untuk menjadi guru Sekolah Minggu, ada orang yang berbakat dalam Rombongan Muzik memuji Tuhan, ada orang yang berbakat melayan pelawat-pelawat, malah ada orang yang telah diberkati Allah untuk menjadi pastor. Tanya adik-adik tahukah mereka apakah bakat mereka?

Cetakkan gambar yang berikut untuk adik-adik. Mereka boleh lukis mata, hidung, mulut, baju dan sebagainya bagi patung-patung itu dan mewarnakannya.kk28