KK29 Janganlah Takut

Minggu 29   Janganlah Takut

1 Yohannes 4:4 – 6

Tetapi anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu sudah mengalahkan nabi-nabi palsu itu, kerana Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini. Nabi-nabi palsu itu berkata-kata tentang perkara-perkara dunia, dan orang dunia ini mendengar kata-kata mereka, kerana mereka milik dunia ini. Tetapi kita milik Allah. Sesiapa yang mengenal Allah, mendengar kata-kata kita. Sesiapa yang bukan milik Allah, tidak mahu mendengar kata-kata kita. Itulah caranya kita dapat membezakan Roh yang memberikan ajaran benar, dengan roh yang menyesatkan orang.

 

Aktiviti

Tanyalah adik-adik apakah yang mereka takutkan. Beri setiap orang secebis kertas kecil dan suruh mereka tulis apa yang mereka takutkan dalam kertas itu. Kemudian keluarkan satu beg plastik. Suruh semua adik-adik membuang kertas yang tertulis itu ke dalam beg plastik dan berdoalah untuk mereka. Ingatkan mereka apabila mereka berasa takut mereka haruslah berdoa dalam Nama Yesus dengan secepat mungkin kerana memang Roh Allah yang ada pada setiap orang yang percayakan Allah lebih kuat daripada segala roh yang lain dalam dunia ini.

Tunjukkan adik-adik bagaimana melipat salib kertas dengan mengikut tatacar yang berikut. Kertas salib boleh dilipat kecil dan dimasukkan dalam saku mereka ataupun digantungkan tanpa dilipat untuk mengingati firman Allah.

kk29