KK3 Allah Bapa yang Kasihkan Kita

 

Minggu 3   Allah Bapa yang Kasihkan Kita

Lukas 15:11-32

Yesus menceritakan sesuatu kejadian untuk menunjukkan betapa besarnya kasih Allah Bapa kepada seorang berdosa yang bertaubat. Yesus berkata, “Ada seorang bapa mempunyai dua orang anak lelaki. Yang bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berikanlah harta bahagian saya sekarang juga.’ Lalu bapanya membahagikan hartanya antara kedua-dua orang anaknya.

Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. Dengan cepat wangnya habis. Pada masa itu kebuluran yang teruk melanda seluruh Negara itu, lalu hidupnya melarat kerana dia tidak mempunyai apa-apa.

Oleh itu dia bekerja bagi seorang penduduk negeri itu, yang menyuruh dia menjaga babi di ladang. Dia begitu lapar sehingga ingin mengisi perut dengan makanan babi, tetapi tidak seorang pun memberikan makanan kepadanya. Akhirnya dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji ayahku mendapat makanan yang berlebihan tetapi di sini aku hampir mati kelaparan! Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku lalu berkata begini: Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah. Anggaplah saya sebagai orang gaji ayah.’ Dia pun pulang kepada bapanya.

Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya. ‘Ayah,’ kata anak itu,’Saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.’ Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, ‘Cepat bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya. Pilih anak lembu yang gemuk lalu sembelih. Marilah kita rayakan kepulangannya denga perjamuan. Anakku ini sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dia sesat tetapi sekarang ditemui semula.’

Aktiviti

Cerita di atas menunjukkan TUHAN Bapa kita mengasihi semua orang yang taat kepadaNya seperti anak sulung itu, dan Dia juga mengasihi semua orang yang berdosa yang telah bertaubat dan mengasingkan diri mereka daripada dosa seperti anak bongsu dalam cerita. Cetak gambar yang berikut bagi adik-adik dan bantu mereka tulis dalam petak kosong perkataan-perkataan berikut : “Harapan itu tidak mengecewakan kita kerana Allah sudah mencurahkan kasihNya ke dalam hati kita.     Roma 5:5”

Akhirnya adik-adik boleh mewarnakan dan melipat tangan gambar itu sepertimana bapa yang memeluk anaknya yang sudah lama tak nampak.

kk3