KK30 Hidup Pemuda Kristian

Minggu 30   Hidup Pemuda Kristian

1 Timotius 4 : 12     Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.

2 Timotius 1 : 7

Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Timotius masih muda apabila dia menyertai Paulus dalam membuat kerja-kerja Tuhan. Walau bagaimanapun iman Timotius sudah kuat ketika menyertai Paulus. Paulus telah menulis dua pucuk surat untuk menasihati dan mengalakkan Timotius. Usia Timotius yang masih muda itu tidak patut menjadi penghalang kerja-kerjanya sebaliknya dia digalakkan mengamalkan cara hidup yang suci supaya menjadi teladan kepada jemaah-jemaah yang lain.

Juga Paulus mengingati Timotius supaya kita tak haruslah jadi penakut tetapi sebaliknya ketahuilah yang Roh Allah telah melengkapi kita dengan kuasa, kasih dan kekuatan untuk mengawal diri.

 

Aktiviti

Cetakkan gambar yang berikut untuk adik-adik. Mereka boleh mewarnakan gambar budak-budak itu, kemudian bantu adik-adik melipat kertas pada garis putus-putus seperti yang ditunjukkan. Apabila siap dilipat budak lelaki dan perempuan kelihatan lebih pendek tetapi selepas kertas ditarik menjadi rata (supaya tiada lipatan lagi) budak lelaki dan perempuan akan kelihatan lebih panjang. Ingatkan adik-adik demikianlah tumbesaran fizikal mereka – mereka akan bertambah tinggi setiap tahun. Kita bukan sahaja hendakkan tumbesaran fizikal dalam badan kita tetapi kita harus memupuk tumbesaran rohani dan iman kita dengan berdoa selalu dan membaca Alkitab kita untuk menjadi lebih bijak dan matang dalam Kristus.