KK31 TUHAN Tukang Periuk & Kita Tanah LiatNya

Minggu 31   TUHAN Tukang Periuk dan Kita Tanah LiatNya

Yeremia 18:1-7

Pada suatu hari TUHAN berfirman kepada Yeremia menyuruhnya pergi ke rumah tukang periuk. TUHAN akan menyampaikan perkhabaranNya kepada Yeremia di sana. Oleh itu Yeremia pergi ke rumah tukang periuk dan nampak dia sedang bekerja. Apabila periuk yang sedang dibuatnya itu kurang sempurna, dia membentuknya semula menjadi periuk lain yang sesuai dengan kehendaknya.

Kemudian TUHAN menyuruh Yeremia berkata kepada umat Israel, “Hai umat Israel, tidakkah Aku berhak memperlakukan kamu seperti yang dilakukan tukang periuk itu dengan tanah liatnya? Sebagaimana tanah liat itu dalam tangan tukang periuk, demikian juga kamu dalam tanganKu. Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan, tetapi kemudian, tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niatKu itu.”

Yesaya 64:8 mengatakan TUHAN Bapa kami dan kami ini seperti tanah liat, dan TUHAN seperti tukang periuk. TUHANlah yang menciptakan kami.

Aktiviti

Ingatkan adik-adik TUHAN Pencipta Alam dan Dia akan membentukkan kita supaya kita menjadi sesuai dengan kehendakNya sebagaimana dengan Tukang Periuk yang menghasilkan pelbagai jenis acuan, tembikar, periuk dan lain-lain daripada tanah liat yang sama demikian TUHAN telah membuat kita semua berbeza daripada kawan-kawan kita. Kita perlu mempunyai iman yang TUHAN hendakkan yang paling baik untuk kita dan menyerah diri kita supaya dapat dibentuk menjadi sesuai dengan rencanaNya.

Sediakan play doh di rumah mengikut tatacara yang di bawah sehari sebelum kelas sekolah minggu. Tunjukkan adik-adik kita boleh membentuk pelbagai bentuk tembikar, bekas, periuk dengan menggunakan play doh. Beri setiap adik seketul play doh untuk bermain.

 

 

Bahan-Bahan

2 cawan tepung

2 cawan air suam

5 sudu besar garam

2 sudu besar minyak

Pewarna makanan

  1. Tuang tepung dalam sebuah mangkuk besar dan buat satu lubang di tengah. Tuang air, minyak, dan garam ke dalam lubang dan kacau campuran sehingga menjadi sebati.
  2. Tuang campuran ke dalam periuk dan masak dengan api kecil sehingga semua tepung kelihatan melekat bersama. Keluarkan dari api dan sejukkan. Jika terlalu melekat, tambah sedikit tepung. Akhirnya tambahkan pewarna makanan untuk menjadikan play doh yang pelbagai warna.
  3. Uli doh sehingga kental dan buat bola-bola sebesar 6 cm. Simpan dalam bekas-bekas yang tertutup.

kk31