KK32 Hati Seorang Pelayan

Minggu 32   Hati Seorang Pelayan

Markus 10 : 43

Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya sesiapa yang inginkan kuasa perlu melayani orang lain. Jika seorang hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba semua orang. Ini ialah mengikut jejak langkah Yesus yang tidak datang untuk dilayani, sebaliknya Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawaNya untuk membebaskan banyak orang.

 

Aktiviti

Kita sebagai pengikut-pengikut Yesus perlu mengikut jejak langkah Yesus untuk melayani dan membantu orang lain yang perlukan bantuan kita. Tanya adik-adik bagaimana mereka boleh melayani dan membantu orang lain.

Cetakkan bagi adik-adik gambar bilik yang bersepahan dengan barang-barang. Ajak adik-adik warnakan barang yang tidak sepatutnya bersepahan di bilik  itu.  Tanya adik-adik adakah mereka membantu ibu mengemaskan bilik dan rumah mereka.

kk32