KK33 Tangan yang Melayan

Minggu 33   Tangan yang Melayan

Matius 20:28

Matius 20:28 mengingati kita bahawa Anak Manusia, iaitu Yesus tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawaNya untuk membebaskan ramai orang.

 

Aktiviti

Suruh adik-adik angkat kedua-dua tangan mereka tinggi dan mengira berapa jari mereka ada.  Tunjuk mereka Allah telah membentuk tangan dan jari-jari mereka dengan sempurna dan tangan mereka boleh digunakan untuk melayan orang, membantu orang. Tanya adik-adik bagaimana mereka boleh melayan atau membantu orang lain. Bila mereka kecil, mereka boleh membantu orang-orang di sekeliling mereka seperti ibu bapa dan kawan-kawan sekolah. Apabila mereka dewasa kelak, mereka boleh pergi lebih jauh untuk membantu orang-orang dalam kesusahan. Yesus selalu membantu orang dalam kesusahan dan kita boleh mengikut jejak langkahNya.

Aktiviti membuat topi tukang masak. Beri setiap adik dua helai kertas A4 yang kosong, lipat melintang, lukis satu garis lebar 3 cm di sisi bawah kertas itu dan potong jalur-jalur seperti dalam gambarajah di bawah. Sambung dan gam dua hujung kertas supaya menjadi bulatan yang cukup besar untuk dipakai di kepala adik. Kemudian potong satu lagi kertas A4 melintang kepada dua bahagian untuk dijadikan “dasar” atau tulang topi tukang masak dan lekat pada bahagian bawah jalur-jalur.  Sekarang adik-adik sedia untuk membantu ibu bapa mereka menyediakan masakan di dapur.

kk33