KK34 Kaki yang Melayan

Minggu 34  Kaki yang Melayan

Roma 10:14 – 15

Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada Tuhan jika mereka belum percaya kepadaNya? Bagaimanakah mereka dapat percaya kepadaNya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tidak ada yang mengisytiharkannya? Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisyharkannya  jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, “Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!”

 

Aktiviti

Ajak setiap adik memberikan nama beberapa orang kawan mereka yang belum mengetahui Yesus. Kemudian bahagikan adik-adik kepada kumpulan-kumpulan kecil terdiri daripada lima atau enam orang dan berdoa supaya kawan-kawan mereka dapat diselamatkan dan mengetahui Tuhan.

Dalam Alkitab Bahasa Inggeris Roma 10:15b “Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah” disebut seperti “Alangkah indah kaki yang membawa berita baik daripada Allah!”

Sediakan beberapa keping kadbod yang cukup besar untuk dijadikan selipar. Lakar bentuk selipar pada kadbod, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang berikut, dan bantu adik-adik guntingkan keluar. Kemudian gunting keluar empat tali untuk selipar seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang sama. Akhir sekali gamkan dua tali kadbod pada setiap selipar, pada kedudukan yang ditandakan pada dasar selipar. Setiap adik sekarang mempunyai sepasang selipar. Tanya mereka ke manakah mereka akan berjalan, untuk mengistyharkan berita baik Allah

kk34