KK36 Barnabas Sahabat yang Baik

Minggu 36    Barnabas Sahabat yang Baik

Kisah-Kisah Rasul 9 : 19b – 28

Saulus tinggal beberapa hari dengan pengikut-pengikut Yesus di Damsyik. Dia terus pergi ke rumah-rumah ibadat dan mula mengistiharkan berita bahawa Yesus Anak Allah. Semua orang yang mendengar kata-kata Saulus menjadi hairan. Mereka berkata sesama sendiri, “Dialah orang di Yerusalem yang membunuh semua orang yang menyembah Yesus. Dia datang ke sini untuk menangkap dan membawa pengikut Yesus kepada ketua-ketua imam.” Beberapa hari kemudian, orang Yahudi bersepakat hendak membunuh Saulus. Tetapi rancangan mereka diketahui oleh Saulus dan dia berjaya beredar dari tempat itu dan pergi ke Yerusalem dan berusaha bergabung dengan pengikut-pengikut Yesus di situ. Tetapi mereka takut akan dia, kerana mereka tidak percaya bahawa dia benar-benar sudah menjadi pengikut Yesus.

Kemudian Barnabas menyambut dia dan membawa dia kepada rasul-rasul. Barnabas memberitahu mereka bahawa Saulus sudah melihat Tuhan dalam perjalanan ke Damsyik dan bahawa Tuhan sudah berfirman kepadanya. Dia juga memberitahu mereka bahawa dengan berani Saulus mengajar di Damsyi demi nama Yesus. Oleh itu Saulus tinggal bersama-sama mereka, dan mengajar dengan berani di seluruh Yerusalem dalam nama Tuhan.

 

Aktiviti

Hidup kita di dunia ini bukan selalunya senang, kadang-kadang hidup kita boleh jadi pedih. Tetapi Tuhan telah memberi kita kawan-kawan yang boleh berjalan di sisi kita dalam kesusahan, kawan-kawan yang boleh menggalakkan kita dan berdoa bersama kita dalam kesusahan dan kesenangan. Tanya adik-adik adakah mereka mempunyai kawan baik yang mereka boleh bergantung kepada? Kedua, bolehkah adik-adik menjadi kawan baik kepada orang lain pula, supaya mereka boleh menggalakkan dan membantu kawan mereka? Beri setiap adik-adik kertas kosong dan bantu mereka melukis gambar mereka bersama kawan baik mereka.