KK38 Beri yang Terbaik kepada TUHAN

Minggu 38   Beri yang Terbaik kepada TUHAN

Kejadian 4:2b – 4

Adam dan Hawa dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Habel dan Kain. Habel menjadi gembala domba, tetapi Kain menjadi petani. Beberapa waktu kemudian, Kain mengambil sebahagian daripada hasil tuaiannya lalu mempersembahkannya kepada TUHAN. Kemudian Habel mengambil seekor anak domba sulung dan menyembelih anak domba itu, lalu memberikan potongan-potongan yang terbaik sebagai persembahan kepada TUHAN. TUHAN berkenan kepada Habel dan persembahannya, tetapi Dia tidak berkenan kepada Kain dan persembahannya. Maka Kain naik marah dan mukanya masam

Aktiviti

Terangkan kepada adik-adik TUHAN berkenan dengan pemberian Habel kerana dia memilih potongan-potongan anak domba yang terbaik untuk diberi kepada TUHAN, lagipun anak domba yang disembelih itu bukan sebarang anak domba tetapi yang sulung. Kita dapati Habel memang cuba untuk memberi hasilnya yang terbaik kepada TUHAN manakala bagi Kain, dia ambil sahaja sebahagian daripada hasil tuaiannya. Sebab itu TUHAN berkenan dengan persembahan Habel tetapi tidak berkenan dengan persembahan Kain. Demikianlah apabila kita memberi sesuatu kepada TUHAN samada pemberian itu dalam bentuk wang tunai ataupun khidmat, berilah yang terbaik kepada TUHAN. Pemberian kita haruslah timbul dari hati yang bersyukur dan tanda kasih TUHAN dan bukan kerana kita rasa yang kita terpaksa membuat pemberian ataupun pemberian secara sia-sia sahaja. Juga Habel mempersembahkan anak domba sulung. Dengan cara yang sama kita agihkan wang untuk diberi kepada gereja sebaik sahaja dapat wang atau gaji kita, dan bukan mempersembahkan yang sisa baki yang tertinggal pada hujung bulan kepada TUHAN.

Cetak gambar anak domba untuk adik-adik, beri mereka kapas dan gam supaya boleh melekatkan kapas untuk menjadi bulu domba. Akhirnya mereka boleh mewarnakan anak domba mereka.

kk38