Minggu 39 TUHAN Kekuatan Kita
Yesaya 40:31
Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
Aktiviti
Gunting keluar burung rajawali bersama sayapnya dan berikan kepada adik-adik untuk diwarnakan. Kemudian lekat sayap burung atas badan burung dengan gam dan tunjukkan sayap itu boleh bergerak-gerak. Tanya adik-adik adakah mereka kuat? Ingatkan mereka sesiapa yang mengharapkan TUHAN akan mendapat kekuatan, seperti kekuatan burung rajawali.