KK40 Berdoa untuk Orang yang tidak Mengenali Yesus

Minggu 40  Berdoa untuk Orang yang tidak Mengenali Yesus

Roma 10:14-15

Kita tahu melalui Yesus, manusia boleh berbaik semula dengan Allah. Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada Tuhan jika mereka belum percaya kepada-Nya? Bagaimanakah mereka dapat percaya kepada-Nya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tidak ada yang mengisytiharkannya?  Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, “Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!”

 

Aktiviti

Potong keluar lima keping kad yang berlainan warna untuk setiap adik. Tebuk lubang di kedua-dua hujung setiap kad dan gunakan tali untuk mengikatkan kad-kad seperti dalam gambarajah yang berikut. Panggil adik-adik menulis nama lima kawan-kawan mereka yang belum mengetahui Yesus pada kad, berdoa untuk mereka supaya mereka juga akan kenali Yesus. Guna satu tali untuk mengikat semua kad-kad bersama seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah berikut. Ia boleh dibawa pulang dan digantung pada dinding untuk mengingatkan adik-adik supaya berdoa untuk kawan-kawan.

kk40