KK41 Iman dan Perbuatan

Minggu 41           Iman dan Perbuatan

 Yakobus 2 : 14 – 25

Saudara-saudaraku! Tidak ada gunanya seorang Kristian berkata, “Saya beriman,” jika perbuatannya tidak membuktikan imannya. Iman semacam itu tidak dapat menyelamatkan dia. Andaikan seorang saudara lelaki atau saudara perempuan memerlukan pakaian dan tidak mempunyai cukup makanan. Tidak ada gunanya kamu berkata kepadanya, “Allah memberkati kamu! Pakailah baju panas dan makanlah dengan secukupnya!” – jika kamu tidak memberikan keperluan sehari-hari kepadanya. Demikian jugalah dengan iman. Jika iman tidak dinyatakan dengan perbuatan, iman itu sia-sia!

Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Abraham? Allah berkenan kepada Abraham kerana perbuatan Abraham, iaitu mempersembahkan Ishak, anaknya di atas mazbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Abraham menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Abraham menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, “Abraham percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah.” Itulah sebabnya Abraham disebut sahabat Allah. Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu, dan bukan hanya kerana imannya.

 

Aktiviti

  Terangkan kepada adik-adik maknanya iman – kepercayaan kepada Tuhan. Kemudian terangkan kepada mereka makna perbuatan – kerja baik yang dilakukan disebabkan kasih dan iman seorang kepada Allah. Ingatkan adik-adik iman dan perbuatan mestilah digerakkan bersama-sama – kita yang percaya kepada Allah mesti melakukan perbuatan baik kerana Allah berkenan dengannya.

Cetak atau lukis rangka basikal bagi adik-adik. (Gambarajah di bawah, kanan) Bantu adik-adik melukis tayar untuk basikal itu, pada satu tayar tulis “Iman” dan pada satu lagi tayar lukis “Perbuatan”. Iman dan perbuatan hendaklah digerakkan bersama-sama semasa menunggang sebuah basikal.

kk41