Minggu 42 Kasihi Musuh Kamu
Matius 5:44
Dalam Matius 5:44, Yesus berpesan kepada pengikut-pengikutNya,” Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu : Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.
Aktiviti
Tanya adik-adik adakah mereka mempunyai musuh? Adakah orang mengkhianati mereka, menganiaya mereka atau memburukkan nama mereka atau melakukan kesalahan kepada mereka? Memang kita tidak suka orang-orang begini tetapi Tuhan Yesus berpesan supaya kita mengasihi mereka seperti Bapa di syurga mengasihi semua orang. Bantu adik-adik menghabiskan aktiviti seterusnya.