KK43 Ampuni Kesalahan Orang

Minggu 43  Ampuni Kesalahan Orang

Lukas 17 : 3-4

Yesus mengingati kita jika saudara kita berdosa, tegurlah dia. Jika dia bertaubat, ampunilah dia. Jika dia berdosa terhadap kita tujuh kali dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, “Saya minta ampun,” kamu harus mengampuninya. Perintah Yesus sangat jelas, iaitu kita patut mengampuni orang yang berdosa terhadap kita kerana Tuhan telah mengampuni dosa-dosa kita.

 

Aktiviti

Sediakan setengah keping kertas saiz A4 untuk setiap adik. Potong garis selari atas kertas itu tetapi  tinggalkan kira-kira 1cm pada keempat-empat sisi kertas seperti dalam gambarajah di bawah. Selepas itu, koyakkan semua jalur-jalur kertas kecuali satu dan berikan setiap adik kertas itu. Beritahu adik-adik kertas itu sepertii titi yang hampir putus. Titi ini boleh mewakili perhubungan yang tidak baik antara dua orang. Bantu adik-adik mewarnakan titi itu dan kemudian guna pita pelekat (tape) untuk menyambung kembali titi itu. Ingatkan adik-adik meminta ampun itu sangat penting, ia boleh memperbarui dan memulihkan perhubungan yang tidak baik antara dua orang.

kk43