KK45 Persembahan Seorang Balu

Minggu 45 Persembahan Seorang Balu

Markus 12:41-44

Sewaktu Yesus duduk dekat peti persembahan di Rumah Tuhan, Dia memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti itu. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang. Lalu seorang balu yang miskin datang dan memasukkan dua keping mata wang tembaga yang sangat kecil nilainya. Yesus memanggil pengikut-pengikutNya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain. Semua orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka, tetapi balu ini, memberikan segala yang ada padanya – dia mendermakan semua nafkahnya.”

 

Aktiviti

Beri setiap adik sekeping kertas kadbod nipis. Potong pada garis-garis tebal, lipat pada garis-garis nipis dan letak gam pada bahagian-bahagian kuning. Lipat untuk membina satu kotak untuk menyimpan duit untuk membuat persembahan.

kk45