KK46 Allah Menyelamatkan Paulus dan Silas

Minggu 46   Allah Menyelamatkan Paulus dan Silas

Kisah Rasul-Rasul 16:24 – 33

Semasa Paulus dan Silas di Filipi memberitahu khabar baik Yesus, mereka dipenjarakan. Kira-kira tengah malam Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Allah. Orang tahanan yang lain mendengar mereka. Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat sekali, dan semua pintu penjara terbuka dan rantai yang membelenggu semua orang tahanan pun terlepas. Ketua penjara itu terjaga dan apabila dia nampak pintu-pintu penjara terbuka, dia menyangka semua orang tahanan sudah lari, lalu dia cuba membunuh dirinya sendiri. Tetapi Paulus menghentikannya daripada membunuh diri, lalu memberitahunya  berita baik Tuhan Yesus. Setelah dia dan keluarganya mendengar berita baik Tuhan Yesus, mereka percaya lalu dibaptis. Pegawai-pegawai kerajaan juga memberikan perintah supaya Paulus dan Silas dibebaskan.

 

Aktiviti

Cuba bayangkan perasaan Paulus dan Silas semasa mereka dipenjarakan. Adakah mereka takut? Adakah mereka khuatir? Sudah tentu. Tetapi mereka tetap berdoa dan menyanyi lagu puji Tuhan. Dan Allah menyelamatkan mereka dengan cara yang luar biasa dengan terjadinya suatu gempa bumi sehingga pintu penjara dibuka dan rantai yang membelenggu mereka juga terbuka. Tahukah Paulus dan Silas Allah akan menyebabkan gemba bumi berlaku sehingga pintu penjara dan rantai ikat semuanya dapat dibuka? Tentunya tidak. Kadang-kadang Allah menjawab doa kita dengan cara yang di luar sangkaan atau jangkaan kita. Apabila kita berada dalam kesusahan teruk,yang penting ialah kita jangan berputus asa tetapi terus berdoa dan percaya Allah akan menyelamatkan kita.

Ajar adik-adik satu lagu puji Tuhan dan nyanyi bersama. Kemudian tanya adik-adik siapakah dapat mengajar kelas satu lagi lagu puji Tuhan dan nyanyi bersama. Akhirnya warnakan gambar yang berikut. Adik-adik boleh cuba membayangkan keadaan di dalam penjara dan melukiskannya atas gambarajah yang berikut.

kk46