KK47 TUHAN tidak akan Mematahkan Buluh Halus yang Terkulai

Minggu 47  TUHAN tidak akan Mematahkan Buluh Halus yang Terkulai

Yesaya 42:3

TUHAN menyatakan dalam Yesaya 42:3, yang Ia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai. Apakah buluh halus yang terkulai? Ini boleh merujuk kepada orang yang lemah, yang bersemangat rendah, atau yang mempunyai kurang keupayaan atau kemahiran.

 

Aktiviti

Apabila kita bergaul dengan orang-orang di keliling kita, sama ada di kampung, keluarga, sekolah atau gereja, kita akan bertemu dengan banyak jenis orang. Ada orang yang sangat disukai orang, mungkin mereka cantik atau kaya atau cerdik dan sebagainya. Ada pula orang yang tidak disukai ramai, mungkin mereka kurang keupayaan atau kemahiran dan sebagainya. Kita perlu melayani mereka dengan baik supaya tidak mematahkan semangat mereka. Tetapi ini tidak bermakna jika mereka melakukan kesilapan disebabkan kurang keupayaan atau kemahiran, kita senyap sahaja. Kita boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka tetapi tunjuk ajar perlu diberi dengan peramah, untuk menggalakkan mereka, bukan menyalahkan mereka.

Aktiviti muka peramah: Beri setiap adik-adik sekeping kadbod kecil, yang cukup lebar untuk menutup muka mereka. Kemudian bantu mereka memotong keluar dua lubang untuk mata. Adik-adik boleh melukis dan mewarnakan muka peramah. Akhir sekali tebuk dua lubang di tepi dan pasang dengan gelang getah seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang berikut.

kk47