KK48 Kasih Paling Penting

Minggu 48  Kasih Paling Penting

1 Korintus 13 : 1 – 2

Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna. Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, dan memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya kepada Allah sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka aku tidak berguna.

 

Aktiviti

Tanya adik-adik petikan di atas menyatakan sifat apa paling penting? Jawapannya tentulah kasih. Kadang-kadang dalam kesibukan kita, kerja kita ataupun perhubungan dengan orang-orang dikeliling kita, kita boleh menjadi terlalu letih atau penat sehingga mengabaikan kasih. TUHAN mengingatkan kita jangan lupa mengasihi orang-orang di keliling kita, atau orang-orang yang dilayani kita kerana kasih sifat yang paling penting.

Beri adik-adik beraneka jenis kertas warna atau corak dan bantu mereka gunting keluar kertas hati lalu lekat di kertas dalam satu kelompok. Ini ialah hati bunga. Lukis tangkai-tangkai pada hati bunga supaya menjadi sejambak hati bunga yang besar. Perlukah kita beri hati bunga kepada kawan-kawan kita? Tidak, tetapi apabila kita melayan orang lain dengan baik, ia seperti memberi orang itu setangkai hati bunga dari jambak hati bunga kita yang besar.

kk48