KK5 Yesus Anak Allah

Matius 3:1, 3:13 – 17

Pada masa itu Yohanes Pembaptis tiba di padang gurun di Yudea dan mula memberitakan hal ini. “Bertaubatlah daripada dosa kamu,” katanya, “kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!” Pada masa yang sama Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia menemui Yohanes dan minta supaya dibaptis olehnya. Setelah Yesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Yesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati keatasNya. Kemudian terdengar suara Allah berfirman, “Inilah AnakKu yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hatiKu.”

 

Aktiviti

Beri setiap adik-adik sekeping kertas pinggan yang putih. Bantu mereka gunting keluar corak yang berikut kemudian gunakan pelekat untuk melekatkan kedua-dua belah sayap pada burung merpati. Akhir sekali lukis mata, paruh dan kaki pada burung merpati. Ingatkan adik-adik burung merpati sering digunakan sebagai simbol Roh Allah dan Roh Allah ada pada setiap orang yang percayai Yesus dan yang menerima Yesus.

kk5