KK7 Yesus ialah Air yang Memberikan Hidup

Minggu 7  Yesus ialah Air yang Memberikan Hidup

Yohannes 3: 15-26; 39 – 42

Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air.” Yesus menjawab, “Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini.” Wanita itu menjawab, “Saya tidak bersuami.” Lalu Yesus berkata, “Betul katamu bahawa kamu tidak bersuami. Kami sudah berkahwin lima kali dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu.“

Wanita itu berkata, “Sekarang saya tahu tuan seorang nabi. Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa tuan berkata bahawa hanya di Yerusalem orang dapat menyembah Allah.”

Yesus berkata kepadanya, “Percayalah, akan tiba masanya orang tidak lagi menyembah Bapa di gunung ini ataupun di Yerusalem. Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang yang menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa. Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar.”

Wanita itu berkata kepada Yesus, “Saya tahu Penyelamat yang diutus oleh Allah, yang disebut Kristus, akan datang. Apabila Dia datang Dia akan memberitahu kita segala-galanya.” Yesus menjawab, “Akulah Dia; AKu yang sekarang sedang bercakap dengan kamu.”

Kemudian wanita itu meninggalkan buyung airnya lalu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar. Dia berkata, “Marilah lihat orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan. Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Allah?” Oleh itu penduduk di situ meninggalkan bandar lalu pergi kepada Yesus.

Banyak orang Samaria di bandar itu percaya kepada Yesus kerana wanita itu berkata, “ Dia memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakkukan.” Oleh itu apabila semua orang Samaria ini berjumpa dengan Yesus, mereka memohon supaya Yesus tinggal bersama-sama mereka. Lalu Yesus tinggal di situ selama dua hari.

Lebih banyak lagi orang percaya kepada Yesus kerana ajaranNya. Mereka berkata kepada wanita itu, “Kami sekarang percaya bukan kerana apa yang kamu kata kepada kami, tetapi kami sendiri sudah mendengar Dia dan kami tahu bahawa Dia Penyelamat dunia.”

 

Aktiviti

Ramai orang percayai Yesus di Samaria dan pada masa ini juga ramai orang percayai Yesus. Lukis ramai orang mengelilingi Yesus dalam gambar yang berikut untuk menunjukkan orang Samaria yang berjumpa dengan Yesus dan percaya kepadaNya.

kk7