KK8 Yesus Ditolak di Nazaret

Minggu 8   Yesus Ditolak di Nazaret

Matius 13:53-57

Setelah Yesus selesai menceritakan perumpamaan-perumpamaan itu, Ia meninggalkan tempat itu, lalu kembali ke kampong halamanNya. Di sana Ia pergi mengajar di rumah ibadat, dan orang-orang yang mendengarkan Dia di situ hairan sekali. Mereka berkata, “Dari mana orang ini mendapat hikmat seperti itu? Dan dari mana Ia mendapat kuasa untuk membuat mukjizat? Bukankah Ia anak tukang kayu? Bukankah Maria ibuNya dan saudara-saudaraNya adalah Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas? Dan bukankah saudara-saudara perempuanNya tinggal di sini juga? Dari mana Ia mendapat semuanya itu?”

Maka mereka menolak Yesus. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana, kecuali di kampung halamannya dan di rumahnya sendiri.” Maka Yesus tidak mengerjakan banyak mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya.

 

Aktiviti

Bandingkan sambutan Yesus oleh penduduk-penduduk Samaria yang kita belajar pada minggu lalu dengan sambutanNya oleh penduduk-penduduk di kampungNya Nazaret. Penduduk-penduduk di kampungNya sendiri tidak percaya kepadaNya dan oleh kerana itu Yesus tidak dapat mengerjakan banyak mukjizat. Ingatkan adik-adik bahawa semasa kita berdoa kita hendak percayakan kuasa Tuhan dan bukan keupayaan kita sendiri yang akan menyempurnakan doa kita.   Di Markus 11:24 Yesus  mengingatkan kita “Apabila kamu berdoa dan minta sesuatu percayalah bahawa kamu telah menerimanya, kerana apa sahaja yang kamu minta akan diberikan kepada kamu.”

kk8

 

Warnakan gambar yang berikut.