KK9 Yesus akan Kembali Semula

Minggu 9   Yesus akan Kembali Semula

1 Tesalonika 4:16-17

Pada hari Tuhan datang kelak, kita yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah meninggal dunia. Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turn dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu. Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.

 

Aktiviti

Pada suatu hari nanti Tuhan Yesus akan kembali untuk membawa kita semua yang taat kepadaNya ke syurga. Kita tidak tahu bila masaNya Yesus kembali, sama ada kita masih hidup pada masa itu ataupun sudah meninggal tetapi perjanjianNya sentiasa benar. Sementara menunggu kedatanganNya kita perlu berkumpul bersama-sama dengan saudara seiman dan menggalakkan satu sama lain, seperti yang ditulis di Ibrani 10:25. Beri setiap adik-adik sekeping pinggan kertas putih dan bantu mereka melukis nombor-nombor pada pinggan itu supaya menjadi jam. Guna kadbod untuk membuat dua jarum bagi jam itu dan bantu adik-adik memasang jarum pada pinggan mereka dengan mencucuk satu tali atau benang pada tengah pinggan itu dengan jarum dan mengikat simpul di dua-dua hujung benang belah hadapan dan belakang. JANGAN memberikan adik jarum tetapi cucuk lubang dengan jarum bagi semua adik-adik.

kk9