PB1 Kelahiran Yesus

Minggu 1   Kelahiran Yesus

Lukas 2: 1 – 7

Berdekatan dengan masa kelahiran Yesus, Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk Empayar Roma mendaftarkan diri untuk dibanci. Semua orang dikehendaki balik ke kota masing-masing untuk mendaftarkan diri. Yusuf berangkat dari Nasaret di Galilee lalu pulang ke Betlehem di Yudea, iaitu tempat lahir Raja Daud. Dia pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud. Ketika itu isterinya Maria sedang sarat mengandung. Apabila tiba di Betlehem masa bagi Maria melahirkan bayi telah sampai.

Yusuf mencari rumah penginapan bagi Maria untuk melahirkan bayi tetapi semua bilik sudah penuh. Akhirnya Yusuf mendapat satu tempat rehat di palung dan bayi anak lelaki sulung Maria dilahirkan di situ. Bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung diberi nama Yesus dan Dia Penyelamat kita semua iaitu Kristus.

 

Aktiviti

Cetak atau lukis gambarajah yang berikut yang menunjukkan tempat lahir Yesus. Tampal atas sekeping kadbod. Kemudian cetak keluar gambar Maria, Yusuf, bayi Yesus dan binatang-binatang ternakan yang berada di tempat lahir Yesus. Beri setiap adik satu gambar untuk diwarnakan. Pilih adik-adik yang lebih besar untuk mewarnakan gambar Maria, Yusuf dan bayi Yesus dan adik-adik yang lebih muda boleh mewarnakan gambar binatang ternakan. Kemudian bantu mereka gunting dan lekat gambar-gambar yang siap diwarnakan pada gambar tempat lahir Yesus sambil menceritakan semula kisah kelahiran Yesus. Akhirnya doa bersama-sama doa kesyukuran kerana TUHAN telah menghantar anakNya Yesus untuk menyelamatkan kita semua. Lekatkan gambar pada dinding sekolah minggu setelah siap.

pl48

pl48bpl48a