Minggu 10 Doa Tuhan
Matius 6 : 9 – 13
Yesus mengajar pengikutNya berdoa kepada Allah. Dia menggunakan contoh orang yang tidak mengenal Allah – mereka menggunakan banyak kata-kata yang tidak bererti apabila berdoa. Disebaliknya Bapa kita sudah mengetahui apa yang kita perlukan. Maka Yesus mengajar pengikut-pengikutNya berdoa Doa Tuhan
Aktiviti
Cetakkan Doa Tuhan di muka surat seterusnya untuk adik-adik dan bantu mereka melukis dan mewarnakan hiasan di sekeliling doa itu. Mereka boleh melukis hiasan bagaikan bingkai gambar di sekeliling Doa Tuhan seperti contoh di bawah.