PB12 Yesus Menyembuh Sepuluh Orang Berpenyakit Kulit

Minggu 12   Yesus Menyembuh Sepuluh Orang Berpenyakit Kulit

Lukas 17 : 11 – 19

Pada suatu hari dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus memasuki sebuah pekan. Sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri jauh dan berseru, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!” Yesus melihat mereka lalu berkata, “Pergi dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu.” Dalam perjalanan mereka ke sana mereka sudah sembuh. Ketika seorang daripada mereka sedar yang dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah. Dia bersujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih. Yesus berkata, “Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah sembilan lagi orang?” lalu menyuruh orang itu bangun – kepercayaannya kepada Yesus telah menyembuhkannya.

 

Aktiviti

Kita mesti berterima kasih kepada Tuhan pada setiap masa. Ajak beberapa orang adik-adik untuk berkongsi bagaimana Tuhan telah memberkati atau membantu mereka atau memberi keupayaan kepada mereka pada minggu yang lepas. Bagi aktiviti hari ini, beri setiap orang sekeping kertas kosong dan bantu mereka melukis bentuk dua belah tapak tangan atas kertas itu. Kemudian lukis muka sepuluh orang berpenyakit kulit yang telah disembuhkan oleh Yesus.

1 Tawarikh 16:34 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik.

1 Tesalonika 5:18 Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang di kehendaki oleh Allah daripada kamu.

pb9