PB13 Jangan Khuatir

Minggu 13           Jangan Khuatir

Matius 6:28 – 34

Yesus suruh kita jangan khuatir akan hidup kita – apa yang kita makan dan minum, atau apa yang kita hendak pakai. Dia menggunakan contoh bunga-bunga di padang. Bunga-bunga tidak bekerja atau menenun tetapi ia kelihatan begitu indah hinggakan Raja Salomo dengan segala kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga-bunga itu. Jika Allah menghiasi rumput di padang yang keesokkan hari sudah tiada lagi bukankah Dia akan memberi kita pakaian? Sebab itu janganlah khuatir tentang makan, minum atau pakaian kita.

 

Aktiviti

Bahagikan adik-adik kepada kumpulan 3 – 5 orang dan bantu mereka melipat bunga tulip dengan menggunakan kertas segi empat. Tampal bunga-bunga atas kertas kosong dan lukis batang dan daun. Boleh ganti dengan kertas iklan/majalah.

pb10