PB14 Pembina Rumah yang Pandai dan yang Bodoh

Minggu 14           Pembina Rumah yang Pandai dan yang Bodoh

Matius 7:24-27

Yesus memberitahu kita setiap orang yang mendengar kata-kata Yesus dan menurutnya seperti orang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan turun, air sungai melimpah dan angin kencang melanda rumah itu tetapi rumah itu tidak roboh kerana berasaskan batu. Setiap orang yang mendengar kata-kata Yesus tetapi tidak menurutnya seperti orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, lalu rumah itu roboh dan mengalami kerosakan dahsyat.

 

Aktiviti

Rumah itu bagaikan kehidupan kita. Kehidupan kita yang berdasarkan panduan Tuhan Yesus kukuh dan kita boleh tahan kesusahan bagaikan ribut yang melanda hidup kita. Tetapi kehidupan yang tidak berdasarkan panduan Tuhan Yesus akan segera musnah apabila kesusahan melanda. Cetakkan gambar batu besar yang berikut dan bantu adik-adik melukis rumah yang kukuh di atas batu itu.

pb11