PB16 Yesus Meneduhkan Ribut

Minggu 16  Yesus Meneduhkan Ribut

Matius 8:23-27

Pada suatu masa Yesus dan pengikut-pengikutNya menaiki perahu. Tiba-tiba rebut melanda tasik itu sehingga ombak memenuhi perahu. Tetapi Yesus sedang tidur. Oleh itu pengikut-pengikutNya pergi kepadaNya lalu membangunkan Dia. Mereka meminta Yesus menyelamatkan mereka kerana hampir mati. Yesus menanyakan mereka kenapa mereka takut dan kurang percaya kepadaNya. Lalu Dia bangun dan menengking angin dan ombak dan dengan segera tasik menjadi tenang semula. Para pengikutNya hairan kerana angin dan ombak pun taat kepada perintahNya.

Aktiviti

Bantu adik-adik membuat perahu daripada batang kayu dan beberapa keping kertas warna. Tunjukkan adik-adik bagaimana perahu itu bergolek semasa ditiup angin kencang sebelum Yesus menenangkan angin dan ombak.

pb13