PB17 Yesus Menyembuhkan Orang Lumpuh

Minggu 17    Yesus Menyembuhkan OrangLumpuh

Markus 2:1-12

Pada suatu hari semasa Yesus di Kapernaum, orang ramai datang untuk mendengar perkhabaran daripada Allah. Terdapat empat orang kawan yang mengusung seorang lumpuh untuk membawanya ke Yesus. Tetapi oleh kerana orang terlalu ramai mereka tidak dapat sampai dekat dengan Yesus. Maka mereka membuat satu bukaan di bumbung rumah lalu menurunkan kawan mereka yang lumpuh di hadapan Yesus. Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, “AnakKu, dosa-dosamu sudah diampuni.” Yesus juga berkata kepadanya, “Bangun, angkat tikarmu dan pulang.”  Dengan segera orang lumpuh itu bangun , mengambil tikarnya lalu keluar dari situ. Orang ramai kagum dengan kejadian itu lalu memuji Allah.

Aktiviti

Ingatkan adik-adik Yesus menyembuhkan orang lumpuh itu kerana Dia melihat betapa besar imannya. Orang lumpuh itu boleh bangun dan berjalan walaupun dulu dia tidak boleh. Ajak adik-adik berjalan dan melompat – adakan satu pertandingan lompat tinggi atau lompat jauh yang singkat dalam kelas. Ingatkan adik-adik kaki kita kurniaan dari TUHAN dan kita patut ikuti jejak-jejak Yesus kerana itulah jalan yang terbaik. Beri setiap orang kertas A4 untuk melukis bentuk kedua-dua tapak kaki mereka dan tulis “Saya ingin ikut jejak-jejak Yesus.”

pb14