PB18 Budak Perempuan yang Mati

Minggu 18           Budak Perempuan Mati

Markus 5:35-43

Pada suatu masa ketika Yesus menyampaikan berita Allah, serong bernama Yairus datang bersujud di hadapan Yesus dan meminta Yesus datang ke rumahnya untuk menyempuhkan anak perempuannya yang sakit tenat. Apabila Yesus sampai ke rumah Yairus terdengarlah tangisan dan ratapan kerana anak perempuan Yairus sudah meninggal dunia. Yesus berkata kepada mereka anak perempuan itu tidak mati – dia hanya tidur dan orang ramai ketawa. Yesus menyuruh semua orang keluar dari bilik itu kecuali ibu bapa budak perempuan dan tiga orang pengikutNya. Kemudian Yesus memegang tangan budak perempuan itu lalu menyuruhnya bangun dan dengan segera budak itu pun bangun. Semua orang yang menyaksikan kejadian itu sangat kagum tetapi Yesus melarang mereka daripada memberitahukan hal itu kepada sesiapapun.

 

Aktiviti

Warnakan gambar yang berikut.

pb15