PB2 Pelawat-Pelawat dari Timur Melawat Yesus

Minggu 2      Pelawat-Pelawat dari Timur Melawat Yesus

Matius 2 : 1 – 2

Semasa kelahiran Yesus sebuah bintang bersinar dengan cerahnya di langit. Ahli-ahli kaji bintang dari Timur yang memerhati bintang itu sedar bahawa anak raja Yahudi telah dilahirkan. Mereka mengikut bintang itu kerana mereka hendak menyembah Yesus. Mereka perlu menerusi perjalanan jauh sehingga tiba di Betlehem dan palung di mana bayi Yesus sedang berbaring. Ibu dan bapa Bayi itu berada di sebelahNya.

Mereka menyembah Bayi itu lalu mempersembahkan hadiah emas, kemenyan dan mur kepadaNya sebelum pulang.

Aktiviti

Ahli-ahli kaji bintang dari Timur telah mengikut bintang kerana mereka hendak menemui dan menyembah Yesus. Suruh adik-adik angkat tangan jika mereka juga hendak menemui dan menyembah Yesus. Beri mereka gambar bintang yang berikut dan bantu mereka mewarnakan dan menghiaskan bintang itu dengan elok. Kemudian tulis nama mereka di belakang bintang diikuti dengan “Aku pengikut Yesus.” Anda juga boleh melekatkan sebuah bintang yang besar dan terang pada gambar tempat lahir Yesus ( daripada aktiviti minggu lepas).

pl49