Minggu 20 Yesus Menjanjikan Roh Allah
Yohannes 14 : 15 – 18
Yesus menjanjikan Dia akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kita Penolong lain yang akan bersama-sama kita selama-lamanya. Dia Roh Allah yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak mengenal Dia tetapi kita pengikut-pengikut Yesus mengenal Dia kerana Dia tinggal dengan kita dan bersatu dengan kita.
Aktiviti
Ingatkan adik-adik Roh Allah dihantar oleh Bapa dan Dia tinggal dengan kita dan bersatu dengan kita yang mengasihi Yesus. Berikan adik-adik gambar yang berikut dan bantu mereka melukis salib dan seekor burung merpati yang mewakili Roh Allah di atas kepala setiap kanak-kanak dalam gambar itu.